HEBAHANLAIN-LAIN

Dr Amani Anak Kelahiran Kelantan Berjiwa Besar

Enam tahun lalu nama Prof Madya Dr Wan Wardatul Amani Wan Salim, 41, seorang anak kelahiran Kelantan mencipta fenomena besar apabila berjaya mencatat sejarah sebagai wanita pertama Malaysia terbabit dalam program penghantaran penyelidikan ke angkasa dalam misi agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA), Amerika Syarikat (AS) ke planet Marikh.

Ketika itu, dia yang mesra dengan panggilan Dr Amani masih bekerja sebagai saintis di Purdue University, West Lafayette, Indiana. Wanita ini diberi tugas mereka bentuk dan membina nanosatelit biopenderia untuk melakukan kajian mengenai kesan graviti terhadap tumbuh-tumbuhan.

Peluang itu bagaimanapun ditawarkan seorang ketua jabatan di NASA yang juga mentornya, D Marshall Porterfield. Selepas hampir 20 tahun di AS, wanita ini kembali ke tanah air dan berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di Jabatan Bioteknologi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Jelas Dr Amani, sejak tahun pertama di AS lagi dia sudah merebut peluang bekerja secara sukarela di makmal profesor. Kerja pertamanya adalah mencuci kanta mikroskop.

“Beratus-ratus kanta saya bersihkan sehari. Kalau orang sekarang, dia mungkin akan kata ini kerja kuli. Semua orang tak mahu. Namun, kerja itulah yang akhirnya membuka banyak lagi peluang lain.

“Seorang penyelidik di makmal memuji sikap saya yang sentiasa bersungguh-sungguh dalam kerja. Jadi, dia mencadangkan kepada seorang profesor untuk memberikan projek yang lebih mencabar.

“Dari situ jugalah bermulanya saya membuat kajian biopenderia. Oleh kerana banyak latihan dalam bilik mencuci di makmal, seorang rakan memberitahu terdapat kualiti membanggakan dalam diri saya. Apabila orang lain tidak boleh buat, saya mampu usahakan sehingga ia jadi realiti,” katanya yang memiliki ijazah sarjana muda dan sarjana di University of Minnesota di Minneapolis.

PHOTO DATE: 09-29-10 LOCATION: Ellington Field - Zero-G Corp - 727 SUBJECT: Photography Support for Reduced Gravity Office Flights - Innovative Project Partnerships WORK ORDER: 02911-BS__ZEROG-09-29-10 PHOTOGRAPHER: BILL STAFFORD

Namun begitu, wanita mengagumkan ini memilih tanah airnya sendiri untuk berbakti. 

Kata Dr Amani, dia sentiasa positif untuk menyumbang kepada negara, namun masih mencari sokongan pelabur untuk merealisasikan impiannya.

“Saya lihat Malaysia memiliki ramai pakar yang mempunyai potensi dalam pelbagai bidang. Mereka ini ada pencapaian membanggakan di luar negara, dihormati dan disanjung, namun hilang punca apabila kembali ke tanah air.

“Bakat dan kebijaksanaan mereka tidak digunakan, apatah lagi dihargai atau diangkat menerusi projek mega yang ada. Sebab itu, saya mahu adakan satu organisasi khusus untuk menghimpunkan golongan pakar dan ilmuwan tempatan supaya mereka dapat menyumbang kepada kemajuan negara menerusi syarikat kelahiran anak Malaysia sendiri.

“Saya ambil Samsung sebagai contoh. Ia syarikat yang menghimpunkan kebijaksanaan dan kepakaran anak Korea Selatan dan kini dikenali di mata dunia. Ramai anak Malaysia kini disanjung di luar negara, jadi mengapa tidak kita buka ruang untuk mereka menyinar di negara sendiri?” katanya.

Tags
Show More

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close