LAIN-LAIN

Batik Di Kelantan

Batik ialah sejenis produk kraf yang dihasilkan melalui proses menerap lilin dan mencelup kain. Batik terkenal di Gugusan kepulauan Melayu iaitu Indonesia, Brunei, Singapura, dan Malaysia. Di Malaysia negeri yang terkenal dan popular dengan batik adalah Kelantan dan Terengganu.

Batik Kelantan tidak hanya popular pada lapisan masyarakat Kelantan sahaja tetapi turut dicari pelancong luar ketika bercuti di Kelantan.

Batik salah satu produk paling laris yang dijual di Kelantan bahkan rata-rata pengunjung jika mahu ke Kelantan akan singgah di mana-mana kedai batik terlebih dahulu.

Tidak hairan juga di setiap penjuru Kelantan banyak kedai-kedai batik dan kilang perusahaan batik yang masih hidup sejak dahulu hingga kini.

Tidak dinafikan juga masyarakat Kelantan sendiri memang penggemar batik asli Kelantan sejak dari dahulu.

Kalau dilihat di setiap genap lapisan masyarakat Kelantan masih lagi mengekalkan pemakaian baju bersifat tradisional itu. 

Kalau pekerja Kerajaan biasanya mereka akan pakai pada hari khamis dan sambutan itu batik masih lagi kekal hingga ke hari ini.

Batik hanya menggunakan dua material sahaja iaitu cotton dan crepe sebab itulah batik sangat selesa dipakai pada bila-bila masa sahaja sesuai dengan cuaca di Malaysia. 

Selain itu material yang digunakan sesuai untuk semua saiz badan.

Bazar Buloh Kubu merupakan salah satu pusat jualan yang mempamerkan produk batik rekaan Kelantan dengan kepelbagaian corak serta berkualiti tinggi boleh didapati di bazar itu.

Selain itu pelbagai barangan lain seperti songket dan barangan kraftangan boleh didapati dengan harga yang berpatutan. 

Bazar ini terletak bersebelahan dengan Pasar Siti Khadijah dan Istana Balai Besar.

Konsep bazar ini ialah pasar terbuka di mana proses tawar menawar boleh dilakukan di situ supaya pengunjung dapat membeli barangan dengan harga yang berpatutan. 

Tahukan anda ? seni batik ini sangat unik kemudian dicipta dan digubah dengan memasukkan unsur-unsur seni yang indah dan menarik.

Proses rekaan batik ini memerlukan kepakaran dan kecekapan dalam penggunaan bahan dan peralatan. 

Untuk hasilkan kraftangan batik yang menarik, pelukis batik memerlukan daya estetika dan pengamatan kreativiti yang tinggi untuk memberikan rekabentuk yang indah dan menarik.

Batik adalah salah satu seni warisan yang perlu dikekalkan dan diwarisi pada masa hadapan.

Tags
Show More

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close