MAKANTERKINI

Top 8 Kedai Kopi di Kota Bharu

Bagi penggemar kopi, ia adalah satu kemestian untuk menikmati secawan kopi di waktu pagi mahupun petang sambil berbual bersama rakan.

Baik kopi ‘o’ di kedai kopi klasik waktu pagi, mahupun kopi susu di kafe hipster untuk minum petang, kami senaraikan 11 kedai kopi terbaik untuk anda cuba! 

1. Kopitiam Kita

Siapa yang tak kenal Kopitiam Kita. Tersohor hingga ke negeri luar. Keistimewaannya yang tidak dapat dijumpai di tempat lain semestinya Roti Titab. Roti bakar dihidangkan bersama telur goyang dan kaya sangat enak dinikmati bersama secawan kopi 'o'. Gabungan nasi 'bungkus' dengan kopi juga tidak kurang umphh nya.
Datang awal untuk sarapan pagi kerana kebiasaanya kedai ini akan dikerumuni orang ramai!

Alamat: Jalan Sri Cemerlang, Taman Desa Jasa, 15400 Kota Bharu, Kelantan
Waktu operasi: Setiap hari 6am-2pm
Nombor Telefon: 019-981 0888

2. Ayang Cafe

Breakfast spot yang menarik untuk rakyat kelantan selain daripada Kopitiam kita. Kalau Kopitiam kita ada Roti Titab, disini ada Roti Kasih! Nampak sama, tapi tak serupa! Kedai ini juga menyediakan pelbagai pilihan makanan selain daripada roti bakarnya. Kopi susu sangat enak rasanya ditemani dengan sebungkus nasi dagang Kelantan! Mulakan pagi luar biasa di Ayang Cafe. Tersangat mudah untuk anda mengenali kedai ini. Keseluruhan kedai dicat dengan warna pink! Haa jangan guna alasan tak nampak kedai di mana ya untuk tidak singgah sarapan di sini.

Alamat: 4652, Jalan Masjid Langgar, Kampung Langgar, 15200 Kota Bharu, Kelantan
Waktu operasi: Sabtu - Khamis, 6.30am-3pm
                        Jumaat, 6.30am-12.30pm
Nombor Telefon:014-841 7889

3. Kedai Kopi Din Tokyo KB

Terletak betul betul ditengah bandar Kota Bharu, kedai kopi ini bukan sekadar tersohor dengan kesedapannya, namun ianya juga unik! Apa yang menarik?
Walaupun kedainya agak kecil berbanding kedai kedai yang lain, namun pelanggan keluar masuk bersilih ganti menandakan 'keistimewaan' kedai ini yang tidak dapat dicari di tempat lain. Menu yang paling menarik minat saya adalah telur taliban -telur masak suku. DImakan bersama sedikit kicap dan lada hitam fuh nikmat tak terkata. Kopi jangan dilupa!  

Alamat: 3945, Jalan Tok Hakim, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan
Waktu operasi: Setiap hari, 7.30am-7pm
Nombor telefon: 012-959 0153

4. Kedai Kopi White House

Sinonim dengan penduduk setempat, kalau anda berjalan ke kawasan Masjid Muhammadi dan anda melihat sekumpulan orang beratur di kedai makan, itulah Kedai Kopi White House. Menu popular yang anda patut cuba adalah nasi berlauknya, roti bakar, telur separuh masak beserta kopi Hainan. Aromanya pasti memikat! Tak rugilah kalau sekali sekala bersarapan disini!

Alamat: 1329-L, Jalan Sultanah Zainab, 15050, Kota Bharu, Kelantan, 15050
Nombor Telefon:  09-748 4119
Waktu operasi:

​Rabu
8am–1pm, 9pm–1am
​Khamis
8am–1pm, 8:30pm–12:30am
​Jumaat
​Tutup
Sabtu8am–1pm, 9pm–1am
​Ahad
8am–1pm, 9pm–1am
​Isnin
8am–1pm, 9pm–1am
Selasa8am–1pm, 9pm–1am

5. Kopi Mesin

Haa beralih pula kita kepada 'kedai kopi' hipster. Menjadi bualan penduduk sejak pembukaannya. Admin sendiri sudah 3 kali kesini. Amat berbaloi! Kedai yang paling sesuai untuk anda lepak sambil minum bersama kawan-kawan. Anda patut cuba lamb chop dan signature kopinya -Hawaiian Iced Coffee. Tersangat sedap. Pasti tak menyesal anda bertungkus lumus mencari parkir hanya untuk menikmati juadah disini. Jangan risau juga tentang harga. Sangat berpatutan!

Alamat: Lot 572 Batu 3½, Jalan Sultan Yahya Petra, Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: 12pm - 1am

6. KB Brewster

Terkenal dengan 'kopi beng' bukan sekadar menyediakan kopi. Anda juga boleh memilih pelbagai pilihan kek yang enak dan kudapan ringkas di KB Brewster. Dengan harapan dapat memudahkan pelanggan, minuman disediakan di dalam cawan plastik yang mana anda boleh membawa pulangnya terus andai anda mengejar masa. Kedainya agak kecil tapi teramat selesa dan untuk anda duduk dan berbual bersama rakan-rakan sambil menghirup Frappucino yang menyegarkan tekak. Cuba juga Affogato, gabungan kopi dan aiskrim vanilla. Memang lain dari yang lain!

Alamat: Jalan Abdul Kadir Adabi, Kota Bharu 15200 Malaysia
Waktu operasi: Hingga 12.30am
Nombor Telefon: +60 12-952 1556

7. Sweetheart Coffee Shop

Namanya kedai kopi namun, apa yang menarik di sini adalah hidangan western. Jikalau anda ingin menukar 'angin' sedikit cubalah berkunjung ke Restoran ini kerana Set Lunch disediakan dengan harga berpatutan dan juga berbaloi! Sambil sambil minum kopi tu, anda boleh juga rileks disini kerana kedainya luas serta rangkaian wifi nya laju. Berdekatan dengan KB Mall dan Tune Hotel, ianya mudah untuk anda mencari parkir disini. Kalau anda bercadang untuk mengunjungi Sweetheart Coffee Shop, cubalah BBQ Chicken Chop!

Alamat: 6022,Jalan Hamzah 15050 Kota Bharu
Nombor Telefon: 011-2600 3108
Waktu Operasi: 10.30am-11pm

8. Drum & Desk

Ini salah satu kafe hipster tersohor di Kelantan. Seronok jika kesini kerana kedainya teramat cantik untuk Instagram anda. Di tingkat atas tersedia ruang kerja yang anda boleh sewa untuk sehari, seminggu mahupun sebulan. Selain daripada kopinya enak dan pekat, makanan yang disediakan juga sangat memuaskan hati. Cubalah buttermilk waffles dan sweet potato fries. Sekali kesini, pasti nak lagi!

Tags
Show More

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close