HEBAHANLAIN-LAIN

KELANTAN YANG DICEMBURUI – Siri 2

KDC2 - NEGERI BERKEBAJIKAN

Kelantan sering dimomokkan sebagai negeri miskin dan pemimpin negeri kering idea untuk membangunkan Negeri Kelantan. (Dalam KDC1 KelantanKini telah mendedahkan pendapatan Negeri Kelantan 2010-2018 meningkat 54.64% , dengan pendapatan 2018 mencatat RM 587 juta).

Seringkali diviralkan kes-kes terpencil yang melibatkan isu kebajikan yang cuba membentuk persepsi seolah-olah Kerajaan Kelantan tidak mempedulikan rakyat yang kesempitan dan memerlukan bantuan.

Dalam Kelantan Yang Dicemburui (KDC2) KelantanKini akan mendedahkan jumlah perbelanjaan Negeri Kelantan untuk Skim Bantuan Kebajikan bagi tahun 2013-2019 berdasarkan maklumat yang diperolehi dari Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita (U-Kekwa).

Jumlah kewangan yang dibelanjakan untuk Skim Bantuan Kebajikan Kelantan bagi tahun 2013-2019 adalah RM 176.5 juta. Jumlah ini terdiri dari Bantuan Armalah/Anak Yatim sebanyak RM 36.5 juta, Bantuan OKU RM 3.5 juta, Bantuan Orang Miskin RM 6.3 juta, Skim Manfaat/Khairat Armalah RM 4.2 juta dan Bantuan Am yang diberikan melalui Jabatan Kabajikan Masyarakat berjumlah RM 126 juta.

Bagi peruntukan untuk Bantuan Am (Musa’adah) telah berlaku kenaikan dari RM 90 pada tahun 2013 kepada RM 120 pada tahun 2015, RM 150 pada tahun 2018 dan RM 250 pada tahun 2020.

Berdasarkan data yang diberikan, tuduhan yang mengatakan Kerajaan Kelantan tidak perihatin kepada kebajikan rakyat adalah tertolak.

Adalah terbukti, walaupun pendapatan Kerajaan Kelantan adalah terhad berbading negeri lain, dengan perbelanjaan sebanyak RM 176.5 juta untuk Skim Bantuan Kebajikan menunjukkan Kelantan adalah Negeri Berkebajikan.

Show More

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close