HEBAHANLAIN-LAIN

KELANTAN YANG DICEMBURUI_Siri 1

PENDAPATAN NEGERI KELANTAN 2010-2018 MENINGKAT 54.64%

Sejak kebelakangan ini Kelantan terus menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia. Apa sahaja yang berlaku di Kelantan akan menjadi perhatian dan tajuk berita arus perdana dan juga media sosial. 

Kelantan negeri miskin dan mundur, Kelantan negeri yang kotor, Kelantan ramai penagih dadah, Kelantan merosakkan alam sekitar dan pelbagai lagi cerita-cerita yang negatif.  Seolah-olah apabila bercakap tentang Kelantan, tiada langsung perkara yang baik.

Dalam penulisan siri ini, KelantanKini akan melihat negeri Kelantan dari sudut Ekonomi, memfokuskan pendapatan Kerajaan Negeri dari tahun 2010 hingga 2018 ( Data rasmi bagi tahun 2019 belum dikeluarkan) Apa yang menarik, berdasarkan data yang diperolehi dari Pejabat Menteri Besar Kelantan, pendapatan Negeri Kelantan pada tahun 2018 meningkat sebanyak 54.64 peratus berbanding tahun 2010, iaitu RM 587 juta pada tahun 2010 berbanding RM 379.6 juta pada tahun 2010.

Ini menunjukkan kejayaan Pentadbiran Kerajaan Negeri dalam usaha meningkatkan hasil pendapatan negeri melalui sumber pendapatan yang sedia ada serta meneroka sumber baru bagi menambahkan pendapatan negeri.

Pertambahan pendapatan ini akhirnya akan memberi manfaat secara langsung kepada penduduk negeri Kelantan. Pendapatan yang diperolehi akan digunakan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kerajaan kepada rakyat serta memberikan kebajikan kepada rakyat yang memerlukan.

Kita akui masih banyak lagi ruang yang perlu diperbaiki oleh kerajaan negeri Kelantan. Pada masa yang sama kita perlu sedar, sebagai negara yang mengamalkan sistem pemerintahan Federalisma, di sana ada tanggung jawab kerajaan negeri dan ada juga tanggung jawab kerajaan persekutuan.

Bagi penulisan kali ini, KelantanKini tidak berminat untuk mengulas tanggung jawab kerajaan persekutuan (tunggu siri penulisan yang lain). Berdasarkan data yang diperolehi, maka tuduhan yang mengatakan Kerajaan Kelantan tidak pandai menjana pendapatan dan terpaksa bergantung kepada kerajaan persekutuan adalah tertolak.

Dengan peningkatan pendapat sebanyak 54.64 peratus dalam masa lapan tahun adalah sesuatu yang amat membanggakan.

Kita yakin dengan kebijaksanaan Pemimpin dan Pegawai kerajaan dalam menjana ekonomi dan pendapatan negeri Kelantan maka pendapatan negeri Kelantan akan terus meningkat dan pada masa yang sama kita juga mengharapkan kerajaan persekutuan terus menjalankan tanggung jawab dalam menunaikan hak Kelantan terutamanya hak Royalti yang masih tertunggak beberapa billion ringgit.

Berikut merupakan Data Pendapatan dan Pembelanjaan Negeri Kelantan pada 2010-2018.

Show More

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close