TIPS

Khasiat & Manfaat BUDU Yang Ramai Orang Tak Tahu !

Budu, makanan yang cukup sinonim dengan Negeri Cik Siti Wan Kembang (KELANTAN). Ianya amat terkenal di kalangan masyarakat Kelantan sejak dahulu lagi dan memang sesuai dimakan dengan nasi panas dan digabungkan dengan irisan bawang merah dan cili atau perahan limau. Pasti menyelerakan bukan .  

Orang luar dari Kelantan menamakan sebagai Pati Ikan Bilis , tapi orang Kelantan lebih suka menamakan BUDU .  

Pekasam ikan bilis ini merupakan makanan tradisional orang Kelantan yang boleh didapatkan dikedai-kedai terdekat dengan harga yang cukup murah .

Selain untuk dimakan , tahukah anda bahwa BUDU ini mempunyai banyak khasiat atau manfaat untuk kesihatan? Budu kaya dengan protein dan turut dikenali sebagai serat yang baik .

Kandungan serat-serat yang ada di dalam budu lebih bagus dari serat ikan-ikan lain , dan ianya mudah dicerna oleh tubuh kita.

Menurut satu kajian yang dilakukan di luar negara, budu sangat bagus untuk di makan kerana ia :

  • Kajian pemakanan Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman mendapati budu memiliki gluthaione iaitu bahan antioksidan yang mampu memerangi pelbagai penyakit termasuk kanser.
  • Pengkaji Universitu Carolina, AS mengatakan unsur genestin dan phytoestrogen dalam budu boleh melambatkan penuaan dan mencegah barah payu dara.
  • Satu uji kaji rambang mendapati pengambilan budu sebayak 150 gram sehari selama dua minggu dapat menurunkan kadar kolesterol ke tahap luar jangkaan.
  • Budu berpotensi mencegah cirit birit dan penurunan kolesterol darah, begitu juga penyakit jantung dan hipertensi.
  • Didakwa budu juga boleh menjadikan seseorang lebih pintar kerana ia merangsang sel otak. Ia juga membantukkan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan kembung perut.

1. Pencegah Kanser

Budu mempunyai Gluthaione sejenis anti oksidan yang mampu mengeluarkan toksin dan meningkatkan daya tahan tubuh yang memerangi berbagai penyakit berbahaya ,salah satunya kanser.

2. Awet Muda

Unsur ganestine dan phytoestrogen dalam budu mampu melawan radikal bebas yang mampu menghambat penuaan dan juga kanser payudara. Waah , untuk kalian yang ingin nampak awet muda takperlu beli ubat mahal-mahal , cukup dengan budu.

3. Turunkan Kolestrol

Tahukah anda, dengan melakukan pengambilan budu sebanyak 150gram sehari selama dua minggu , mampu menurunkan kolesterol .

4. Cegah Cirit-birit

Budu mengadungi sejenis zat antibakteria yang mampu mencegah “diarrhoea” atau lebih dikenali dengan cirit-birit. Selain itu mandaaf budu yang lain mampu menghalang penyakit seperti kencing manis , sakit jantung , dan juga hypertensi.

5.  Meningkatkan IQ otak

Budu mampu merangsang sel-sel otak dan meningkatkan daya ingatan . Selain itu juga mampu membunuh bakteria yang menyebabkan perut kembung pada anak-anak .

Kredit: ehmymedia

Tags
Show More

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close