TIPS

6 Langkah Perlu Dibuat Apabila Anda Kehilangan Telefon

Telefon adalah salah satu benda berharga zaman kini. Bukan sekadar alat komunikasi namun disitu lah kita simpan gambar gambar memori, nota nota dan tarikh penting dan juga perihal kerja!

Kalau hilang telefon, habislah! 

Oleh itu, saya mahu berkongsi tips daripada Sukarelawan Pencegahan Dadah dan Jenayah Malaysia (SPDJM) cawangan Johor Baharu.
Apa yang perlu dibuat jika anda kehilangan telefon ya?

Jika anda kehilangan telefon bimbit, jangan risau, anda boleh dapatkannya kembali.

Setiap telefon bimbit yang dibawa ada keunikan IMEI no. iaitu International Mobile Equipment Identity yang boleh digunakan untuk mengesan telefon mudah alih anda di mana sahaja di dunia.
Lihat bagaimana ia berfungsi !

1. Dail *#06# pada telefon mudah alih anda.

2. Telefon mudah alih anda akan menunjukkan 15 digit IMEI no. yang unik.

3. Catitkan nombor IMEI tersebut di tempat yang selamat kecuali dalam telefon bimbit anda sendiri kerana ini adalah Nombor yang akan membantu mengesan telefon mudah alih anda apabila berlaku kecurian.

4. Sekiranya telefon anda dicuri, anda hanya perlu E-mail 15 digit No. IMEI kepada [email protected] beserta butiran seperti di bawah.

Nama anda: ________________

Alamat: __________________

Model telefon: _____________

Buatan: _____________________

No. terakhir digunakan:_________________

E-mel untuk dihubungi: _

Tarikh hilang: _______________

IMEI No: ___________________

5. Tidak perlu pergi ke balai polis.

6. Telefon anda akan dikesan dalam tempoh 24 jam akan datang melalui sistem yang kompleks GPRS dan internet.

Anda akan dapat mengesan di mana telefon bimbit anda sedang beroperasi walaupun kad SIM telah ditukar.

Tags
Show More

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close