HEBAHAN

Pelaksanaan Peruntukan Awal Pemberian Khas RM 400 Juta

Kerajaan Negeri Kelantan melalui Persidangan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Bil 04 Tahun 2020 telah bersetuju untuk memperuntukkan sebanyak RM52.5 Juta sebagai peruntukan awal bagi melaksanakan projek dan program sebagaimana berikut;

1. Membina dan membaiki Rumah Ad- Dhuafa' dengan peruntukan berjumlah RM400 Ribu bagi setiap DUN.

2. Membaiki dan membaik pulih jalan kampung dengan peruntukan berjumlah RM100 Ribu bagi setiap DUN.

3. RM30 Juta sebagai peruntukan awal bagi membina Mini Loji dan menaik taraf loji untuk meningkatkan Bekalan Air Terawat kepada rakyat bagi kawasan berikut;

a) Kota Bharu: Kedai Buloh, Perol dan Ketereh

b) Bachok: Telok Mesira dan Jelawat

c) Pasir Mas: Meranti Baru

d) Tumpat: Wakaf Bharu

4. Peruntukan awal tersebut adalah langkah segera untuk memastikan kesejahteraan rakyat dan Kerajaan Negeri sentiasa mengutamakan agenda kebajikan rakyat tanpa mengira latar belakang kaum.

Semoga dengan perlaksanaan tanggungjawab ini dapat menyakinkan kerajaan pusat persekutuan untuk mengsegerakan penyaluran wang hak royalti Kelantan pada tahun ini.

Kredit: Ustaz Dato' Haji Ahmad Bin Yakob

Show More

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close