MAKANTERKINI

Hidangan Pencuci Mulut Yang Sedap Wajib Cuba di Kelantan

Negeri Kelantan amat terkenal dengan kepelbagaian hidangannya yang unik dan sedap. Sebut sahaja negeri Pantai Timur ini, pasti terbayang di fikiran anda akan kemanisan hidangan pencuci mulut tradisionalnya, bukan? Sekali sekala apa kata kita cuba tukar selera pula. Selepas menikmati makanan tengah hari, alangkah indahnya kalau kita dapat membasahkan tekak dengan hidangan pencuci mulut yang lain dari kebiasaan. Haa, nak tahu hidangan apa? Mari kita baca! Mana tahu kena dengan selera anda. 


1. Bingsu

Makanan yang berasal dari Korea Selatan ini menembusi pasaran Malaysia setelah demam ‘kpop’ melanda negara kita. Boleh kata ramai lah yang berpusu-pusu ingin mencuba hidangan ini. Sekali cuba, pasti nak lagi! 


Bingsu atau Bingsoo adalah pencuci mulut berasaskan ais dari negara Korea yang terkenal dengan pilihan topping dan manisan yang pelbagai contohnya buah cincang, susu pekat, sirap buah, dan kacang merah.


Wajib cuba terutamanya ketika musim panas. Ianya dapat menyejukkan dan menyegarkan tekak anda!

Restoran & Kafe pilihan:
Shiro-Yuki Dessert Cafe
Snow Town Cafe
Mykori Dessert Cafe


2. Soft Serve / Ais Krim

Mungkin kegemaran anak-anak anda. Namun, siapa yang tidak sukakan ais krim ketika musim kemarau. Terbayangkannya pun boleh buat kita terliur. Menariknya di Kelantan, selain daripada soft serve yang boleh dinikmati di kafe kafe moden dan hipster, penduduk Kelantan masih gemar akan ais krim kon yang dijual oleh penjaja. Dengan hanya RM1, ada boleh menikmati satu kon ais krim pelbagai perisa! Cadangan kami, cubalah ais krim roti. Memang berbaloi!

 

Antara pilihan terlajak laris dan sedap adalah ais krim colek, ais krim potong dan ais krim goyang.


3. Kek

Tidak ada yang pelik makan kek setelah menjamu selera dengan makanan berat. Boleh dikatakan kek menjadi kegemaran semua orang di seluruh dunia untuk meraikan hari istimewa. Apa salahnya, belanja diri anda sendiri dengan sepotong kek sebagai pencuci mulut.

Dengan perubahan zaman, munculnya banyak resepi kek yang enak dan sesuai sebagai menu santai sambil anda menghabiskan masa berborak bersama rakan anda. Di Kota Bharu sahaja, terdapat banyak pilihan kafe yang menyajikan kek sebagai santapan bersama kopi. Anda patut cuba!

Restoran & Kafe pilihan:
Kopi Mesin Cafe
Sweetheart Coffee Shop
Arnold Cycling Cafe


4. Coconut Shake

Admin senaraikan coconut shake sebagai salah satu pencuci mulut wajib cuba kerana selain daripada menghilangkan dahaga, coconut shake juga mampu menyegarkan tekak anda 

Rasa coconut shake yang lemak berkrim disebabkan oleh ais krim vanilla mampu membuatkan anda craving sepanjang hari!

Gerai Coconut Shake pilihan:
Marliza Coconut Shake (Wakaf Che Yeh)
Abe Manja Coconut Shake (Pasir Mas)
Restoran Aisyah (Tumpat)


5. ABC & CPT

Haa, kalau Korea terkenal dengan bingsu, Malaysia pula ada ABC & CPT. ABC atau Ais Batu Campur dan CPT Cendol Pulut Tapai sangat terkenal sebagai makanan santai dan pencuci mulut. 

ABC merupakan sejenis minuman yang diperbuat daripada ais yang dimesin dan dicampur dengan bahan-bahan seperti kacang, buah kabung, cendol, cincau, jagung, pemanis, seperti sirap dan sarsi serta air nisan. 

Manakala, CPT adalah gabungan antara cendol, ais parut, tapai dan pulut. Amat digemari oleh semua peringkat umur!

Gerai pilihan:
Cendol Pulut Tapai Wakaf Mek Zainab
Cendol Pulut Tapai Stadium
RR Mee Celup & ABC

Tags
Show More

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close