HEBAHAN

Qari Cacat Penglihatan Dari Kelantan Muncul Juara Tilawah Al-Quran Kali Ke-3

Tahniah Kelantan Juara Keseluruhan Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1441H/2020M.

Tahniah buat Adik Muhammad Qayyim Nizar bin Sarimi diatas kejayaan Johan Tilawah (Qari) dan semua peserta dari negeri Kelantan sempena Malam Penutup & Penyampaian Hadiah Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan bagi Tahun 1441H/2020M dari Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu, Sabah.

Adik Muhammad Qayyim berasal daripada Kg.Kadok, Ketereh meurpakan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang masih menuntut pengajian pada semester akhir Diploma Tahfiz di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Nilam Puri.

Walaupun berstatus OKU namun ia tidak menjadi penghalang bagi adik Muhammad Qayyim Nizar Sarimi untuk berjaya bergelar Johan Qari Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Kelantan Tahun 1441H/2020M.

Beliau sudah banyak kali menyertai majlis tilawah Al-Quran dan ini merupakan kali ketiga beliau berjaya diangkat sebagai johan qari di peringkat antarabangsa.

Sungguh, ini merupakan rezeki beliau kerana selama ini berusaha mendalami Al-Quran menggunakan Quran Braille ternyata membuahkan hasil meskipun kurang penglihatan. Beliau sangat bersyukur.

Pelbagai persediaan yang di lakukan oleh adik Muhammad Qayyim Nizar Sarimi antaranya beliau meluangkan masa selama tiga jam bagi mempelajari ilmu tarannum dan sebagainya sebanyak dua kali seminggu.

Berkongsi kejayaan adik Muhammad Qayyim Nizar Sarimi, beliau mendalami Al-Quran dengan mendapat tunjuk ajar daripada beberapa bekas qari kebangsaan di negeri antaranya Rahim Ahmad dan Yahya Daud tidak sia-sia apabila ia membuahkan hasil walaupun keadaan beliau seperti itu.

Kejayaan itu sekali gus melayakkan mereka beliau mewakili negeri Kelantan pada Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada 13-21 Feb ini bertempat di International Convention Center Kota Kinabalu, Sabah.

Show More

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close