MAKANTERKINI

10 Resepi Kuih Tradisional Kelantan

Kuih muih di Kelantan adalah salah satu keistimewaan yang tidak akan dijumpai di tempat lain. Walaupun kebanyakannya hanya berasaskan tepung, namun negeri yang terkenal dengan pemanis mulut ini menyajikan juadah yang pelbagai rupa, rasa dan nama! 

Tapi kalau kita asyik membeli kuih di kedai, bosan juga ya. Ataupun pilihan kuih muih di kedai sekarang semakin berkurangan. Apa kata kita cuba masak sendiri hidangan lazat ini dirumah. Mari, saya kongsikan dengan anda resepi kuih tradisional yang bakal memikat hati semua!

1. Nekbat

Bahan-Bahan:


Bahan Kuih:
500g tepung beras (1 bungkus)
12 biji telur ayam

Bahan Sira:
Air secukupnya
500 gm gula
5 helai daun pandan

Cara Membuat:
1. Goreng tepung beras tanpa minyak (sangai) dalam kuali atas api sederhana hingga kering. Tutup api dan biarkan ia sejuk.
2. Pukul telur hingga kembang dan ringan berbuih. Taburkan tepung yang telah disangai ke dalam adunan telur sedikit demi sedikit sambil dikacau.
3. Panaskan acuan dan oleskan acuan dengan minyak. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar hingga kekuningan.
4. Untuk siranya, masukkan dua gelas air dan 10 sudu besar gula ke dalam periuk. Bila air gula sudah mendidih masukkan daun pandan dan kemudian masukkan 10 biji nekbat. Hidangkan.

Tip:
-10 sudu gula untuk 10 biji nekbat.
-Boleh gunakan acuan bahulu


2. Sira Pisang

Bahan bahan:
1 sikat pisang
Gula secukupnya (ikut manis disukai)
Secubit garam
Beberapa kuntum bunga cengkih
1 helai daun pandan - simpul
Sedikit pewarna kuning

Cara cara:
1. Pisang dibelah 2 atau dipotong nipis nipis. Saya tak belah sebab pisang bersaiz kecil.
2. Masak air dengan gula dan daun pandan sehingga gula hancur dan mendidih. Masukkan sedikit garam, bunga cengkih dan pewarna.
3. Akhir sekali masukkan pisang. Masak dengan api perlahan sehingga pisang lembut dan air gula kelihatan pekat berkilat.
4. Bolehlah diangkat dan disejukkan. Sedap dimakan sejuk sejuk sebaik dikeluarkan dari peti sejuk.


3. Pengat Pisang

Bahan-Bahan:
2 biji pisang
½ cawan sagu
¾ cawan gula merah
2 cawan air
1 kotak (200ml) santan
3 helai daun pandan

Cara-Cara
1. Hiris pisang menjadi ketulan kira-kira 2-3 inci. Ketepikan.
2. Rebus sagu hingga jernih. Tapis sagu dan ketepikan.
3. Di atas api sederhana besar, panaskan 2 cawan air gula dengan daun pandan di dalam periuk.
4. Apabila gula sudah larut, masukkan hirisan pisang. Kemudian masukkan santan dan sagu.
5. Biarkan hingga mendidih selama 5 minit.
6. Masukkan garam. Kacau dan padamkan api.

Tip:
- Tapis dahulu gula merah sebelum guna. Ada kalanya, terdapat habuk halus akan terbentuk apabila gula merah lama tersimpan. Tak nak lah pengat anda berasa berhabuk pula.


4. Sira Labu

Bahan bahan:
1/4 biji labu - buang kulit
Segenggam gula pasir
Secubit garam
1 helai daun pandan - potong
Sedikit air kapur

Cara cara:
1. Labu yang dibersihkan direndam dengan air kapur seketika. Masukkan daun pandan ke dalam periuk dan susun labu di atasnya.
2. Taburkan gula agak agak kemanisan yang disukai. Saya guna dalam segenggam gula. Kalau labu banyak lapis, taburkan gula pada setiap lapis.
3. Jerang atas dapur dengan api yang perlahan. Labu akan mengeluarkan air sendiri tapi jika nampak terlalu kering, bolehlah dimasukkan sedikit air sebelum dimasak atas dapur.
4. Bila labu dah empuk dan air gula telah berkilat, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.


5. Ubi Rebus & Kelapa Parut

Bahan bahan:
1 kilo Ubi Kayu
1/2 bijik kelapa parut
1/2 sudu teh garam halus
1/2 cawan gula perang
Air untuk merebus secukupnya

Cara cara:
1. Cuci bersih ubi kayu dan dipotong-potong. Rebus bersama air hingga paras kedudukan ubi dalam periuk. Masukan garam halus, rebus hingga empuk dan paras air berkurangan.
2. Bila keadaan air dah berkurangan boleh rasa ubi dah masak ke tidak. Kalau dah masak boleh di angkat ubi dan toskan air rebusan tadi.
3. Hidangkan ubi kayu rebus dengan kelapa parut yang digaul secubit garam halus...serta gula perang...Ubi Kayu Rebus siap untuk dihidang. Gandingkan bersama secawan kopi 'O'.


6. Lompat Tikam

Bahan bahan:

Lapisan hijau:
2 cawan tepung beras
3 cawan air
1 cawan air daun pandan
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil air kapur

Lapisan putih:
1 senduk leper tepung beras (sukatan menggunung)
2 cawan santan
1/2 cawan air
1/4 sudu kecil garam

Pulut Merah:
1 cawan pulut - rendam terlebih dahulu
Santan cair secukupnya
Garam secukupnya
Sedikit pewarna merah 

Air gula melaka:
1 keping gula melaka
Air secukupnya
1 helai daun pandan

Cara cara:

Lapisan hijau:
1. Gaul rata semua bahan lapisan hijau dalam mangkuk dan tapis. Kecairan mestilah bila senduk kayu diangkat tinggi, ianya mengalir laju dan tak melekat di senduk.
2. Masak adunan ini ke dalam kuali tembaga (jika ada) dan kacau atas api yang sederhana sehingga menggelegak.
3. Kacau dengan whisk, lagi mudah. Lepas dah mengeras, baru guna senduk kayu.
4. Terus dikacau sehingga adunan menjadi pekat dan berkilat serta menggelembung. Masukkan kedalam loyang dan disejukkan. 

Lapisan putih:
1. Satukan semua bahan lapisan putih dalam mangkuk dan tapis. Masak atas api sederhana dengan sentiasa dikacau dengan whisk sehingga mendidih dalam 15-20 minit.
2. Apabila adunan menjadi pekat dan berkilat masukkan ke dalam bekas dan sejukkan.

Tip:
- Lapisan putih mesti rasa masin sedikit, baru sedap

Pulut Merah:
1. Panaskan periuk pengukus dan kukus beras pulut selama 10-15 minit.
2. Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk. Tuangkan santan cair yang telah dicampur dengan garam halus, agak agak sehingga pulut menjadi lembut. Masukkan dalam pengukus dan kukus sekali lagi dalam 10 minit. Buka penutup dan dibalik balikkan pulut supaya masak rata.
3. Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk dan dikacau rata. Taburkan sedikit gula bagi menjadikan pulut berkilat dan bersinar. Siap untuk dihidangkan.    

Air Gula Melaka:
1. Masak gula melaka dengan air dan daun pandan hingga hancur dan mendidih. Tapis dan sejukkan.

Cara menghidang:
1. Potong lapisan hijau dan masukkan ke dalam pinggan.
2. Masukkan juga sedikit pulut.
3. Kemudian sendukkan lapisan putih diatasnya. Akhir sekali, tuang air gula melaka. 


7. Akok

Bahan bahan:
7 biji telur
250 gram santan - santan kotak + air
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan air
100 gram gula Melaka - nak manis boleh tambah 1 sudu gula
Secubit garam
3 helai daun pandan - gunting
2-3 kuntum bunga cengkih - opsyenal untuk aroma

Cara cara:
1. Kisar gula Melaka, air dan daun pandan sehingga hancur dan tapis. Tuang semula ke dalam blender.
2. Kisar sekali lagi air gula Melaka tadi dengan semua bahan lain sehingga betul betul kembang.
3. Panaskan oven selama 15 minit pada suhu 180 C dan griskan muffin tray dengan minyak. Masukkan acuan ke dalam oven sehingga tray agak panas.
4. Keluarkan acuan dan tuang adunan ke dalamnya dalam 3/4 penuh sahaja.
5. Bakar selama 18-20 minit atau sehingga masak. Biarkan kulit akok garing sedikit.
6. Setelah dikeluarkan dari oven, akok akan mengecut dan permukaan akan berkedut kedut.
7. Lalukan dengan pisau ketika ianya masih panas panas supaya mudah dikeluarkan dari acuan.


8. Tepung Boko

Bahan-bahan:
3 cawan air
2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
2 helai daun pandan
3 cawan ubi kayu (diparut)

Cara cara:
1. Isikan air dalam periuk. Masukkan gula merah, gula pasir dan daun pandan. Masak sehingga gula larut. Tapis dan sejukkan.
2. Campur dengan 3 cawan ubi kayu parut. Gaul rata. Kukus 30 minit.

Bahan Lapisan Atas:
1 cawan santan pekat boleh guna santan kara.
1 cawan air
3 sudu besar tepung beras
1/2 sudu kecil garam

Cara membuat lapisan atas:
1. Satukan semua bahan. Gaul sebati dan masak atas api kejap sahaja sambil kacau. Api kecil.
2. Bila dah pekat sikit tutup api. Kacau sebati dan tuang atas ubi yang dikukus tadi. Siap.


9. Jala Mas

Bahan bahan:
6 biji kuning telur
Sedikit esen vanilla
Tepung jagung ( hujung sudu sahaja)

Bahan Air Gula:
200gm gula pasir
Sedikit/ sebiji kecil gula batu ( bertujuan supaya jala mas nanti jadi berkilat)
300gm air
Sedikit daun pandan

Cara cara:
1. Satukan kuning telur, esen vanilla dan tepung jagung. Kacau guna garpu hingga sebati.
2. Tapis campuran kuning telur tadi dan masukkan ke dalam piping bag. Ketepikan.
3. Bagi menyediakan air gula, masak semua bahan seperti biasa dan gulanya larut.
4. Keluarkan daun pandan dan bolehlah mula menjala. Pastikan api yang digunakan kecil sahaja.
5. Untuk menjala, potong sedikit hujung piping bag dan picit adunan telur ke dalam periuk berisi air gula.
6. Dengan menggunakan lidi, angkat jala mas dan letak dalam tapis.
7. Ulang hingga habis. 


10. Tahi Itik

Bahan-bahan:
10 biji putih telur
500ml santan
400gm gula pasir
100gm tepung pulut
150gm tepung beras
Sehelai daun pandan(dicarik-carik)

Cara cara:
1. Campurkan semua bahan dan kacau atas api sehingga masak dan nampak sedikit berkilat.
2. Biarkan sejuk.
3. Bulatkan atau boleh dibentuk mengikut kesukaan sendiri.

Tags
Show More

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close