HEBAHANLAIN-LAINTRAVEL

“Sleeping Buddha” Terbesar di Asia Tenggara Berada di Tumpat, Kelantan

Sleeping Buddha di Wat Photivihan merupakan sebuah Wat Buddha yang terkenal di Kelantan dan mempunyai patung yang dipercayai patung yang dipercayai terbesar di Asia Tenggara.

Wat Photivihan tersebut terletak di Kampung Jambu, Tumpat bersempadan dengan Negara Thailand.

Patung Buddha “Reclining Buddha” dalam keadaan sedang berehat tersebut berukuran 40 meter panjang, 11 meter tinggi dan 9 meter lebar.

Patung Buddha ini mula dibina pada tahun 1973 dan telah siap pada tahun 1979. Kos pembinaanya ialah RM350,00 hasil sumbangan derma dari orang ramai dan Persatuan Buddha Malaysia dan Thailand. Pembinaan patung Buddha ini adalah hasil idea Tok Raja Phra Kru Prasas Prachacorn.

Wat ini telah menjadi daya penarik kepada industri pelancongan Tumpat khususnya bagi 'religous tourism' di kalangan pelancong domestik dan antarabangsa.

Selain daripada berkunjung ke Wat Photivihan untuk sembahyang atau beribadat, pelancong juga berpeluang menyaksikan satu keajaiban seni bina dan tamadun komuniti Siam.

"Ramai pelancong asing dan tempatan melawat ke Negeri Kelantan dan khususnya ke Wat ini semata-mata untuk melihat patung ini terutamanya pada musim cuti sekolah dan cuti umum​.


Kemesraan dan layanan baik komuniti Wat Photivihan terhadap pelancong tanpa mengira perbezaan agama dan bangsa membuatkan lokasi ini terus ditular di media sosial sebagai lokasi terbaik untuk dilawati.

Show More

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close