TERKINITRAVEL

9 Tempat Membeli Belah Menarik di Kelantan (Gerenti Puas Hati !)

Setiap pelancong, antara perkara lain selain berjalan-jalan mestilah shopping. Mana taknya, tak berbaloi lah perjalanan jauh seribu batu tanpa shopping.

Alang-alang dah travel pasti mahu membawa sesuatu untuk di bawa pulang untuk dijadikan kenangan atau sebagai cenderahati utnuk yang tersayang.

Kali ni saya kongsikan 9 tempat membeli belah menarik di Kelantan disebabkan negeri Kelantan cukup terkenal dengan pusat membeli belah yang boleh didapati secara runcit mahupun borong.

Ayuh intai-intai barang apa yang ada di Kelantan !

1. Pasar Besar Siti Khadijah

Pasar Besar Siti Khadijah antara salah satu tarikan utama oleh pengunjung. Ia adalah sebuah kompleks perniagaan barangan tempatan seperti makanan, pakaian, kain batik dan bermacam-macam lagi.

Jika anda mengunjungi di sini, makanan seperti kuih muihnya sangat unik kerana didatangkan dengan pelbagai corak dan penuh warna warni. Pasti membuat anda terliur ! Ada juga lauk-pauk, buah-buahan dan sayuran yang segar boleh didapati.

 Di tingkat atas pula, ada gerai-gerai makan yang sedap serta pelbagai pakaian, telekung solat dan batik asli Kelantan dijual dengan harga yang berpatutan.

2. Bazar Tok Guru

Tempat ini terkenal dengan pusat membeli belah paling luas di Kelantan.

Ianya terletak di tengah-tengah bandar Kota Bharu dan menyediakan lebih 300 lot kedai. 

Pelbagai jenis pakaian, tudung, kain ela, kain batik dan seumpamanya yang dijual dengan yang murah.

Bazar Tok Guru ini menjadi syurga membeli belah kepada rakyat Kelantan mahupun pelancong luar kerana kepelbagaian pilihan barangan yang dijual secara runcit ataupun borong.

3. Zon Bebas Cukai Rantau Panjang

Zon Bebas Cukai Rantau Panjang merupakan kompleks membeli belah bebas cukai yang terletak dengan sempadan NegaraThailand.

Kompleks ini menawarkan pelbagai pilihan barang sama ada barang lelaki atau perempuan yang dijual dengan harga yang murah dan berpatutan. 

Juga menjadi salah satu daya tarikan orang ramai terutamanya wanita kerana menawarkan pelbagai barangan seperti tudung, pakaian, periuk belanga, pinggan mangkuk dan banyak lagi.

4. Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor

Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor sama juga seperti zon bebas cukai Rantau panjang dimana ia menjual pelbagai tempatan dan juga buatan Thailand.

Dibuka pada pukul 8.00 pagi dan ditutup pada pukul 5.30 dan mempunyai tempat parking yang sangat terhad.

Pelbagai gerai makanan yang dijual di sini seperti mee cambol, pulut ayam, steamboat dan sebagainya.

Jika anda mahu merasai masakan santai penduduk tempatan ala-ala Thailand disini adalah tempat untuk anda lawati.

5. Wakaf Che Yeh

Sumber: missyblurkit.com

Selain daripada pasar besar Siti Khadijah, Bazar Tok Guru, Pasar Wakaf Che Yeh juga menjadi tempat pilihan pelancong untuk membeli belah tidak kira lelaki ataupun perempuan.

Pasar ini paling ramai pada waktu malam terutama pada musim perayaan.

Pasar ini beroperasi sekitar pukul 5 petang hingga 2 pagi.

Jika anda ke sini, pasti tidak mengecewakan anda kerana mereka menawarkan harga yang sangat murah dan berpatutan pasti akan membuat anda rambang mata dengan pilihan barangan yang dijual.

Terdapat juga kedai makanan di sekitarnya dan turut menyediakan tempat parking kereta dengan bayaran hanya 3 ringgit.

6. Pasar Terapung Pulau Suri

Pasar Terapung Pulau Suri sinonim dengan Hat Yai, Floating Market, Thailand.

Ia merupakan tempat yang menawarkan pelbagai pilihan makanan khususnya makanan tradisional Kelantan seperti kuih muih, otak-otak, kerepek dan banyak lagi. 

Pasar terapung ini menjadi cukup unik  yang mana dikelilingi panorama alam semulajadi serta menjadi tarikan kepada orang ramai terutamanya pada hujung minggu.

Untuk pergi ke pasar ini, anda perlu menaiki bot terlebih dahulu di Kuala Besar kemudian baru sampai ke sini.

7. Kampung Kraftangan

Kampung Kraftangan antara kawasan paling unik dari segi rekabentuk dan pembinaan bangunan yang terdapat di sini. Sebagai contoh, bangunan dan pintunya di cat warna koko gelap dan diukir dengan bunga-bunga tempatan yang diwarnai dengan warna emas.

Terdapat juga pelbagai jenis hasil kraftangan yang didapati di sini sama ada untuk dijual atau dibuat sebagai pameran.

Hasil seni yang dibuat pada setiap barangan sangat kreatif antaranya songket, batik, ukiran kayu dan sebagainya yang pasti sesuai untuk dibawa pulang atau dijadikan sebagai kenangan. 

8. Bazar Buluh Kubu

Bazar ini popular dengan jualan pakaian dan kain seperti kain batik, songkek dan produk kraftangan Kelantan. 

Kakak-kakak. makcik-makcik mesti suka untuk singgah ke sini sebab di sini penuh dengan pakaian harian wanita seperti baju kurung, selendang, tudung dan baju kelawar dan mempunyai seribu satu pilihan untuk dibeli.

Daripada yang murah dan berkualiti hingga ke harga yang mahal dan berkualiti premium.

Untuk kaum adam, jangan sedih. Kalau nak beli sesuatu untuk mak, mak mertua, bakal mertua, isteri, bakal isteri, atau isteri kedua boleh singgah di sini. Jangan terlondeh bahu nak pikul beg plastik sudah lah.

9. Pasar Besar Siti Aisha Jelawat

Pasar ini popular di Bachok dan anda yang nak mencari ikan, makanan laut, sayur-sayuran segar boleh mengunjungi pasar ini.

Jadi tak hairan pasar ini selalu sesak dengan kunjungan orang ramai yang nak mendapatkan barangan dengan harga yang berpatutan di sini.

Untuk yang nak datang melancing, destinasi ini sesuai kalau nak cari makanan tradisional tempatan kerana banyak gerai-gerai yang menjual lauk-pauk dan kuih-muih.

Tags
Show More

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close