TERKINITIPS

Tips Hias Dinding Rumah Cara Bajet

Rumahku syurgaku. Ramai yang akan bersetuju dengan ayat ini. Walau kemana kita merantau, rumah sendiri adalah tempat terbaik untuk bersantai dan berehat. Oleh itu, amatlah penting untuk menghias rumah kita agar menjadi lebih indah dan menenangkan fikiran. 

Dikongsi oleh seorang warga Twitter Dian Jaunah, nak hias rumah tak perlu mahal mahal. Yang penting adalah kreativiti kita. Hanya perlu guna barangan terpakai yang sudah ada dirumah. Haa jangan terkejut ya, beliau hanya menggunakan cloth tape!

Haa bagi sesiapa yang tak tahu, inilah cloth tape! Sudah tentu anda pernah melihatnya kan?

Jadikan ia sebagai frame. Boleh ditampal di dinding bilik tidur atau ruang tamu. 

Corak adalah atas pilihan masing-masing. Mengikut kesesuaian ruang dan fungsi ruang.

Tadaa inilah rupanya apabila telah siap. Nampak ringkas dan eksklusif bukan? Bayangkan anda pulang dari tempat kerja dengan fikiran yang kusut dan lihat bilik tidur anda sebigini. Pasti hilang penat lelah!

Saya kongsikan beberapa lagi corak mudah yang anda boleh jadikan inspirasi!

Tags
Show More

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close