TRAVEL

Top 7 Masjid Tercantik di Kelantan

1. Masjid Muhammadi, Kota Bharu

Masjid Muhammadi terletak di bandar Kota Bharu. Masjid ini dikenali sebagai "Masjid Negeri" dan dibina pada tahun 1987.

Pada asalnya bangunan ini merupakan bangunan kayu kemudian diubah suai menjadi struktur bangunan yang unik dan klasik kerana pengaruh Inggeris pada zaman dahulu.

Masjid ini menggunakan konsep reka bentuk terbuka dengan gaya seni bina kolonial.

Struktur bangunan masjid ini bewarna kuning dan coklat dengan gaya Moghul.

Setiap dinding masjid ini dihiasi dengan kalimah-kalimah Allah dan ayat-ayat al-Quran.

Masjid ini boleh membuat seramai 2400 jemaah dengan keluasan 10,600 kaki dan menjadi tempat majlis ilmu sebagai pusat kemajuan ummah islamiah.

2. Masjid Ar-Rahman, Pulau Gajah

Masjid Ar-Rahman yang terletak di Pulau Gajah, Sabak.

Keindahan masjid ini cukup memukau setiap mata yang memandang kerana keunikan dan kehalusan seni bina Melayu.

Keindahan masjid ini juga cuba diterjemahkan pada setiap sudut dengan hampir 80 peratus adalah ukiran tangan iaitu 99 nama ALLAH serta ayat suci al-Quran termasuk Surah Yaasin, Al-Mulk dan juga Ar-Rahman.

Perincian dalaman masjid ini cukup indah dan mengujakan ! Ukiran klasik ayat suci al-Quran 90 peratus menggunakan ukiran tangan pekerja yang diimport dari Indonesia.

Seni bina masjid ini menggabungkan empat buah negara antaranya pintu utama masjid ini ukiran khas dari Yaman, tiang tempat imam solat dari Maghribi. Set geduk berasal dari Indonesia dan lakaran al-Quran dalam bulatan di tengah siling pula dibawa dari Turki.

Di tengah ruangan solat pula terdapat lima tiang daripada kayu balak asli yang membawa simbol kepada lima rukun Islam kemudian di lelangit masjid pula terdapat lakaran 15 bintang yang diilhamkan dari Masjid Biru Turki serta ukiran bulatan empat nama Khulafa’ Ar-Rasyidin.

Masjid ini boleh memuatkan seramai 1,000 jemaah dan dibina menggunakan kayu cengal dan jati. Juga dikelilingi pokok dan hutan. Konsep terbuka yang digunakan pada masjid ini dapat memberi kesan sejuk dan nyaman kepada para jemaah.

Paling menarik, di sekitar masjid ini dikelilingi sungai butan yang mana boleh mengadakan aktiviti berkayak sambil menikmati panaroma alam semulajadi yang indah di sekitarnya.

3. Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra (Masjid Beijing), Rantau Panjang

Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra atau lebih dikenali sebagai Masjid Beijing, merupakan masjid berseni bina Cina yang pertama didirikan di Malaysia.

Ia terletak di bandar Rantau Panjang, Kelantan.

Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra menjadi mercu tanda keagungan Islam di bumi Kelantan.

Upacara perletakan batu asas masjid yang diberi nama Masjid Cina atau Masjid Beijing ini telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra pada 8 Mac 2004.

Senibina masjid ini amat unik kerana menggabungkan senibina cina dan islam dan menyerupai Masjid Niujie di Beijing,China yang berusia lebih daripada 1000 tahun. 

Masjid ini mempunyai dua tingkat. Tingkat atas adalah ruang sembahyang utama yang dapat menempatkan 1000 orang jemaah.

Masjid ini terdapat 4 pintu masuk untuk mengelakkan kesesakan disamping memudahkan orang ramai yang datang dari arah yang berlainan.

Tingkat bawah pula mempunyai ruang sokongan untuk kemudahan awam iaitu Dewan Serbaguna yang dapat memuatkan 200 orang, dewan makan, perpustakaan, klinik dan perpustakaan masjid.

Pelbagai juga aktiviti keagamaan dijalankan di sini seperti ceramah, kelas mengaji, solat berjemaah bagi mengimarahkan lagi masjid ini.

Jika diperhatikan ia seakan-akan kuil namun ia adalah masjid senibina 

4. Masjid Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian

Masjid Sultan Ismail Petra Kubang Kerian telah disempurnakan pembukaannya oleh Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Ismail Petra Ibni Al-marhum Sultan Yahya Petra Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Kelantan Darul al-Naim pada 8 Safar 1413 hijrah bersamaan dengan 7 haribulan Ogos 1992 masihi. 

Seni bina masjid ini berunsurkan moden dan masjid ini tersegam agak indah kemewahannya seperti istana.

Masjid ini merupakan antara masjid tercantik di Malaysia dan mampu menampung jemaah sebanyak 10,000 orang pada satu-satu masa.

5. Masjid Al-Ismaili, Pasir Pekan

Masjid Al-Ismaili terletak di bandar baru Pasir Pekan.

Pada 26 Muharram 1433H bersamaan 22 Disember 2011 telah berlangsung satu Majlis Solat Hajat dan Upacara Peletakan Batu Asas.

Masjid Al-Ismaili merupakan cetusan idea Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V dan ianya merupakan hadiah abadi daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Muhammad V kepada Ayahanda baginda Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra.

Masjid yang didirikan ini berteraskan Tema 5 iaitu Islam terbina di atas Rukun Islam yang lima, demi menjaga lima Maqosid As-Syariyyah, yang terdidik melalui lima hukum bagi panduan lima pancaindera manusia untuk menakhodai diri di dunia menuju akhirat.

Masjid ini juga dibina dengan reka bentuk lima menara, lima anak tangga dan dipagari oleh enam kubah yang melambangkan rukun iman yang enam.

Masjid Al-Ismaili ini akan dilengkapi dengan ruang solat utama seluas 20,750 kaki persegi yang dapat menampung keperluan jemaah seramai 1500 orang jemaah pada satu-satu masa.

6. Masjid Kubang Batang, Wakaf Bharu

Masjid Kubang Batang yang terletak di Wakaf Bharu antara masjid yang tercantik juga di Kelantan.

Jika dilihat dari segi pembinaannya dalaman dan luaran sangat indah dan begitu mewah sekali.

Namun masjid ini tidak siap 100% dan dalam proses pembinaan.

Dana pembinaan masjid ini hasil derma orang ramai.

7. Masjid Razaleigh, Gua Musang

Gua Musang Kelantan bakal mempunyai masjid paling besar dan paling unik di negeri itu dengan pembinaan masjid mirip Masjidil Haram di Mekah.

Masjid menelan belanja RM23 juta ilham Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bakal menjadi mercu tanda dan tumpuan pelancong ke Kelantan.

Dibina atas tanah seluas 1.5 hektar ia mampu menampung hampir 5,000 jemaah.

Keunikkannya tertumpu kepada warna, jubin dan hiasan luar termasuk 9 menara mirip Masjidil Haram.

Ia termasuk ruang tengah dibina batu hitam empat segi yang akan mengalirkan air dari atas umpama Kaabah bagi memudahkan jemaah haji dan umrah berkursus sebelum ke Tanah Suci.

Show More

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close