HEBAHANLAIN-LAIN

Viral Minah Saleh Berbahasa Melayu Loghat Kelantan di New Zealand

Menerusi ciapan seorang pelayar Twitter @shizakkusyed mengagumkan ramai warganet apabila beliau berkongsi video beberapa orang rakyat Malaysia yang bercuti ke New Zealand ditegur oleh seorang wanita dalam loghat Kelantan.

Rakaman video yang berdurasi selama 48 saat itu tular di Twitter dan menerima 118 400 tontonan dan 8000 ciapan. Video itu mendedahkan wanita itu tidak pandai makan budu sebaliknya lebih menggemari buah durian.

Wanita berasal dari Manchester itu juga tinggal selama setahun di daerah Kubang Kerian, sekali gus mahir loghat Kelantan.

@shizakkusyed memuji wanita tersebut kerana masih mampu berbahasa loghat Kelantan walaupun hanya tinggal di negeri tersebut untuk jangka masa yang singkat. Rakyat Malaysia didalam video tersebut juga tidak lupa untuk menjemput wanita itu kembali bercuti ke negeri Kelantan.

Tags
Show More

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close