HEBAHANTERKINI

Viral Pelajar Cemerlang Ini Meraikan Keputusan PT3 Di Perkuburan Ibu Bapanya

“Alhamdulillah, walaupun bukan semua A, keputusan 8A 1B ini hadiah kepada arwah ibu bapa saya”, kata Mohamad Faris Faisal Che Azmi, 15, pelajar cemerlang Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dari Sekolah Menengah Sains Gua Musang.

Beliau merupakan salah seorang daripada lima anak pasangan yang maut dalam kemalangan pada 16 Ogos lalu.

Faris turut menghadiahkan bacaan Yasin dan doa buat ibu bapanya ketika meraikan kejayaan di pusara kedua ibu bapanya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lembaga, di Gua Musang. 

Beliau bergegas ke tanah perkuburan sambil ditemani ibu saudaranya dan meluangkan masa selama 1 jam disana. 

"Saya terus mengajak mereka ke kubur untuk 'berkongsi' kegembiraan dengan umi dan abah. Kalau mereka ada, mereka tentu gembira hari ini”.

Terdahulu, pasangan suami isteri, Che Azmi Che Hamzah, 48, dan Nor Hayati Mohamed, 43, maut dalam kemalangan apabila kenderaan dinaiki terbabas di Kilometer 15, Jalan Gua Musang-Kuala Lipis. Dalam kemalangan berkenaan, Faris dan dua adiknya turut cedera dan menerima rawatan di hospital.

Ramai warganet berkongsi pautan berita dan meninggalkan komen dan ucapan tahniah  kepada Mohamad Faris. Semoga adik ini terus cemerlang di masa hadapan! 

Tags
Show More

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close